Pengkalan Baru, sebuah kampung yang terletak di dalam mukim Teja di dalam daerah Kinta ini merupakan sebuah kampung yang mengharukan. Oleh itu harus aku memanggil kampung ini dengan nama Pengkalan Haru (ibu aku selalu mengatakan kampung itu bukan Pengkalan Baru tetapi Pengkalan Haru).
Apa yang mengharukan?
Penduduk berfikiran napotif dan terlalu subjektif. Jika ada sesuatu pembaharuan dibuat, terlalu banyak halangan, terlalu sukakan hiburan dan memandang enteng pembelajaran. Contoh: jika sekolah meminta sedikit sumbangan untuk sebarang aktiviti, begitu banyak tentangan sedangkan permintaan itu adalah dalam nilai yang kecil je, tapi jika untuk hiburan seperti membeli perkhidmatan astro atau membeli belah di pasar-pasar malam, itu ganteng.
Kelab Lestari Alam
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan